Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid

Mustari, Mohd. Ismail and Jasmi, Kamarul Azmi (2008) Pengurusan berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid. Universiti Teknologi Malaysia Press, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978-983-52-0508-8

[img]
Preview
PDF
102kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/PPIPS/bo...

Abstract

Buku ini merupakan sebuah buku yang menghimpunkan koleksi artikel terpilih ahli akademik di Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid dengan tema ‘Masjid Pemangkin Pembangunan Modal Insan’ yang telah diadakan pada 28-29 April 2007 bertempat di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia. Kami membicangkan artikel dalam buku ini dengan konsep induktif, iaitu perbincangan umum sehinggalah kepada aspek yang lebih kecil konsep pengurusan efektif dan cemerlang masjid. Dua bab pertama buku ini menyentuh konsep menyeluruh pengurusan efektif tentang pemerkasaan masjid melalui pengurusan profesional dan pengurusan institusi masjid dalam memperkasakan pembangunan modal insan. Bab pertama ini merupakan kertas konsep bagaimana untuk menguruskan masjid secara profesional yang mengenengahkan idea bernas pengurusan terkini masjid. Selanjutnya dalam bab kedua pula merupakan kertas konsep yang mengenengahkan idea konkrit pengurusan masjid yang mampu memaksimumkan kebolehan penduduk tempatan dalam memajukan modal insan umat Islam di satu-satu pusat umat Islam, iaitu masjid. Dua bab yang berikutnya pula membahaskan tentang contoh pengurusan masjid teladan didedahkan kepada tatapan umum bagi membandingkan bentuk dan ciri cemerlang pengurusan masjid yang wujud dalam masjid pilihan tersebut. Dalam kedua-dua bab ini, pembaca akan didedahkan dengan data pengurusan dan program yang dilaksanakan di masjid pilihan serta melihat Manual Prosedur Kerja (MPK) yang dilaksanakan di masjid pilihan ini. Pengajaran daripada pengurusan cemerlang masjid teladan ini boleh dijadikan model untuk diaplikasikan di masjid yang lain di Malaysia. Aspek pengurusan kewangan masjid merupakan aspek signifikan di semua masjid di dunia. Kekuatan aktiviti banyak didorong oleh kekuatan pengurusan kewangan. Justeru, dalam bab yang kelima dan keenam, audiens diketengahkan dengan pengurusan kewangan yang praktikal bagi memantapkan pengurusan masjid. Dalam bab lima data tentang pengurusan kewangan dibentangkan untuk melihat bagaimana pengurusan kewangan dilaksanakan di terpilih masjid dalam Malaysia ini diikuti dengan perbincangan bab yang keenam, iaitu kaifiat penjanaan kewangan masjid bagi membantu pembangunan masjid melalui data-data yang dikutip sebagai perbandingan. Bahagian terakhir buku ini pula membahaskan secara tuntas aspek yang lebih kecil pengurusan masjid yang pada umumnya tidaklah dianggap begitu penting, namun sangat memberi kesan kepada kelicinan pembangunan dan perjalanan masjid. Aspek ini terdiri dari segi pembinaan perpustakaan masjid yang dibincangkan dalam bab tujuh; pembinaan tempat wuduk yang efisian kepad pengguna masjid; dan penggunaan peralatan audio-visual serta komputer di masjid. Ketiga-tiga bab ini mengemukakan cadangan yang konkrit bagi membina dan membangunkan ketiga-tiga aspek yang dibahaskan supaya masjid menjadi tempat yang lebih mesra pengguna serta memberi kemudahan kepada umat Islam.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41089
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:28 Aug 2014 11:54
Last Modified:05 Feb 2017 14:04

Repository Staff Only: item control page