Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Nilai, amalan, dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam selepas penjajahan Barat hingga kini

Tamuri, Ab. Halim and Jasmi, Kamarul Azmi (2009) Nilai, amalan, dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam selepas penjajahan Barat hingga kini. In: Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 35-57. ISBN 978-983-9368-43-7

[img] PDF (Fulltext)
131kB

Abstract

Kedatangan Islam ke alam Melayu pada abad ke-15 membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu khas dan tamadun Islam amnya. Agama Islam telah membawa bersama kemauan intelektualisme, rasionalisme, penguasaan, dan perkembangan ilmu dalam peradaban Melayu Islam. Dalam memperkembangkan Islam, para pendakwah, ulama, ahli sufi, dan saudagar Islam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam menyampaikan dakwah mereka dan ajaran Islam (al-Attas 1999). Melalui institusi pendidikan seperti masjid, surau, pondok atau pasentren, semua golongan lapisan masyarakat Melayu mula mengenali ilmu Islam. Islam sebagai agama yang menekankan ilmu memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu dan keadaan ini telah melahirkan satu sistem pendidikan yang sesuai dengan keadaan masyarakat dan keperluan pada masa tersebut. Pendidikan merupakan salah satu mekanisme penyampaikan agama dan ianya dilihat sebagai proses dakwah kepada masyarakat. Malah, kewujudan kerajaan-kerajaan Melyau Islam di sekitar Nusantara seperti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di sekitar Nusantara seperti di Melaka, Terengganu, Kelantan, dan Kedah merancakkan lagi perkembangan Pendidikan Islam di alam Melayu sehingga wujudnya hubungan yang signifikan antara kerajaan-kerajaan Islam.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LA History of education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41074
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:27 Aug 2014 09:44
Last Modified:21 Jun 2016 15:39

Repository Staff Only: item control page