Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Al-Quran dan tenaga suria

Jasmi, Kamarul Azmi and Samseh, Siti Hafshar (2013) Al-Quran dan tenaga suria. In: Botani, zoologi dan tenaga dari perspektif Al-Quran. Universiti Teknologi Malaysia Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 33-47. ISBN 978-983-52-0928-4

[img] PDF (Fulltext)
1MB

Abstract

Permintaan tenaga pada hari ini sentiasa meningkatkan untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat dunia. Komuniti dunia pada hari ini masih menggunakan sumber asli sebagai sumber utama dalam penghasilan tenaga. Anggaran menunjukkan hampir 70% daripada bekalan elektrik dihasilkan daripada pembakaran arang batu, minyak dan gas (Ismail, 2010). Di Malaysia tenaga memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan perindustrian dan perbandaran. Hari ini, pembakaran bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik telah menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau semakin meningkat. Peningkatan pengeluaran gas ini telah memberi kesan yang buruk terhadap cuaca dunia. Selain itu, ketergantungan kepada sumber asli boleh menyebabkan pengurangan sumber di masa hadapan dan peningkatan harga sumber di pasaran. Kebimbangan berhubung kekurangan sumber tenaga di samping kesedaran memelihara alam menyebabkan usaha mencari sumber tenaga alternatif giat dijalankan. Antara sumber gantian yang boleh diperbaharui dan tidak mencemar alam sekitar ialah tenaga suria, biojisim, biogas, angin, hidro dan sisa perbandaran. Sejak akhir-akhir ini, tenaga suria menjadi salah satu sumber tenaga yang mula mendapat perhatian masyarakat di Malaysia kerana menunjukkan potensi yang tinggi untuk diaplikasikan berikutan Malaysia menerima jumlah cahaya matahari yang tinggi di sepanjang tahun. Hal ini demikian menunjukkan potensi tenaga suria untuk diaplikasikan adalah tidak terhad.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Q Science > Q Science (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41071
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:27 Aug 2014 09:38
Last Modified:27 Aug 2014 09:44

Repository Staff Only: item control page