Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan teknik mikropenurasan aliran silang dalam pengeluaran air suntikan

Ismail, Issham and A. Aziz, Ramlan (1989) Penggunaan teknik mikropenurasan aliran silang dalam pengeluaran air suntikan. Prosiding Simposium Jurutera Kimia Malaysia Ke-5 . pp. 250-264.

[img] PDF
539kB

Abstract

Pembanjiran merupakan satu fenomena yang penting dalam mengoptimumkan pengeluaran sesebuah telaga minyak. Penggunaan air suntikan yang bersih, yakni berpepejal terampai 10 hingga 100 kali kurang daripada apa yang terkandung dalam air paip biasa sangatlah penting kerana di samping dapat menyelenggara susuk suntikan serta meningkatkan lagi kecekapan sapu, ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan operasi yang mahal seperti mengurangkan kerja lanjutan dan juga penggunaan tenaga pam yang berlebihan. Menerusi teknik mikropenurasan aliran silang yang menggunakan prinsip aliran cecair pada arah selari terhadap permukaan tetiub penuras, dipercayai bukan sahaja dapat menghasilkan mutu air yang dikehendaki misalnya penyingkiran 95 hingga 98 peratus pepejal dan tripton terampai yang berukuran lebih besar daripada 2 mikron, malah akan dapat juga memisahkan fitoplankton, zooplankton, cyanophyceae dan sebagainya daripada sistem air suntikan tersebut. Kajian kepekaan tentang kesan-kesan kadar alir air laut dan juga kesan-kesan kesusutan tekanan terhadap prestasi teknik mikropenurasan aliran silang menerusi penggunaan tetiub tunggal telah menghasilkan fluks turasan yang berkadar terus terhadap kedua-dua pembolehubah di atas. Turasan yang diperoleh daripada teknik tersebut juga sungguh menggalakkan sekali dari segi mutunya dan ini telah terbukti menerusi bacaan-bacaan NTU yang rendah dan juga perbandingan antara kek turas yang terbentuk.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kecekapan sapu, mikropenurasan aliran silang, pengeluaran air suntikan, pepejal terampai, tripton terampai
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4082
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:23 Jul 2007 09:06
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page