Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mekanisme pembahagian harta pusaka tanah rancangan: kajian di Felda Taib Andak, Kulai, Johor

Mat Hussain, Norazila and Nor Muhamad, Nasrul Hisyam (2013) Mekanisme pembahagian harta pusaka tanah rancangan: kajian di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Jurnal Undang-Undang Malaysia (KANUN), 25 (1). pp. 1-10. ISSN 0128-2670

Full text not available from this repository.

Abstract

Makalah ini membincangkan mekanisme pembahagian harta pusaka tanah rancangan dengan melihat masalah yang berlaku dalam pembahagian pusaka di FELDA Taib Andak sehingga timbulnya pelbagai isu berkenaan pembahagian pusaka dalam kalangan mereka. Data dalam artikel ini diperoleh secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini kerja lapangan secara temu bual dan soal selidik telah dilakukan. Temu bual telah dilakukan secara langsung dengan beberapa pihak yang terlibat dalam urusan pembahagian pusaka FELDA termasuk pihak pengurusan FELDA Taib Andak, manakala bagi kaedah soal selidik pula, sebanyak 250 borang soal selidik telah diedarkan kepada peneroka FELDA Taib Andak. Walau bagaimanapun, hanya 209 (83.6 peratus) sahaja yang mengembalikan borang soal selidik tersebut. Kajian mendapati kebanyakan warga peneroka memilih untuk melantik pentadbir sebagai mekanisme pembahagian harta pusaka FELDA berbanding dengan pemilikan terus kepada waris yang dipersetujui bersama. Kajian juga menunjukkan bahawa isu yang timbul dalam pembahagian harta pusaka di FELDA Taib Andak ialah peneroka terikat dengan seksyen 14 dan seksyen 15, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang hanya membolehkan dua penama pada geran tanah FELDA. Pecah amanah dan pertikaian dalam kalangan ahli waris serta beberapa masalah lain turut menyumbang kepada masalah dalam pembahagian tanah pusaka FELDA. Namun begitu, berdasarkan kajian ini, masalah utama dalam pembahagian tanah pusaka FELDA berpunca daripada sikap individu yang terlibat dengan pembahagian harta pusaka itu sendiri.

Item Type:Article
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Education
ID Code:40706
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:12 Oct 2014 16:43
Last Modified:01 Aug 2017 12:48

Repository Staff Only: item control page