Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian kemungkinan penggunaan kanji ubi kayu dan kanji jagung sebagai bahan tambah untuk mengawal kehilangan air dalam bendalir pelengkapan

Ismail, Issham and Idris, Ahmad Kamal and Ismail, Abdul Razak and Ng, Kheng Fatt (1992) Kajian kemungkinan penggunaan kanji ubi kayu dan kanji jagung sebagai bahan tambah untuk mengawal kehilangan air dalam bendalir pelengkapan. Prosiding Simposium Sumber Alam Kebangsaan Pertama, 2 . pp. 105-112.

[img] PDF
408kB

Abstract

Selulosa Hidroksietil (HEC) biasanya digunakan bagi meningkatkan kelikatan air garam dan juga untuk menghasilkan satu kek turas yang tipis dan berketertelapan rendah apabila digunakan bersama dengan partikel penyambung kalsium karbonat. Penggunaan kedua-dua bahan tersebut boleh memberikan satu kawalan kehilangan bendalir yang lebih berkesan. Pada masa kini, syarikat minyak perlu mengimport HEC dengan harga yang tinggi. Oleh yang demikian, Jabatan Kejuruteraan Petroleum telah memulakan satu penyelidikan ke atas kanji jagung dan kanji ubi kayu bagi mengenal pasti sama ada kanji-kanji berkenaan boleh menggantikan HEC sebagai agen kawalan kehilangan bendalir. Kajian awal ke atas sifat-sifat asas bendalir seperti kelikatan, kekuatan gel dan takat alah serta sifat-sifat kehilangan bendalir, menunjukkan bahawa kanji jagung dan kanji ubi kayu berpotensi menggantikan HEC.

Item Type:Article
Additional Information:ISBN 983-9872-00-2
Uncontrolled Keywords:Bahan tambah kawalan kehilangan bendalir, bendalir pelengkapan, kanji jagung, kanji ubi kayu, sifat reologi bendalir pelengkapan
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4047
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:20 Jul 2007 03:09
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page