Samsuri, Ariffin and Ismail, Issham and Abdul Latif, Irwan (1999) Potensi kanji sagu, kanji ubi kayu dan kanji abu kelapa sawit sebagai pengawal kehilangan bendalir. Jurnal Teknologi F (30F). pp. 25-38. ISSN 0127-9696
PDF
499kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/jurnal.c...
Abstract
Dalam operasi penggerudian dan pelengkapan telaga petroleum, beberapa bahan tambah diguna untuk mendapatkan sifat-sifat lumpur penggerudian dan simen yang dikehendaki supaya sesuai dengan keperluan operasi terbabit. Salah satu daripada bahan tersebut ialah pengawal kehilangan bendalir (disebut juga sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir). Setakat ini, semua bahan tambah yang diperlukan masih diimport dari luar negara. Oleh itu, kertas kerja ini membentang hasil penelitian makmal terhadap penggunaan kanji sagu, kanji ubi kayu, dan abu kelapa sawit sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir yang berkaitan bagi menggantikan bahan yang diimport. Ujian kehilangan bendalir dilakukan berdasarkan prosedur seperti yang ditetapkan dalam API Spec. 10 dan API RP 13B. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kanji sagu dan kanji ubi kayu dalam lumpur penggerudian dapat mengurangkan masalah kehilangan bendalir, yang mana presatasinya adalah setanding dengan prestasi yang ditunjukkan oleh bahan tambah kawalan kehilangan bendalir piawai, iaitu PAC. Abu kelapa sawait pula sesuai digunakan sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir untuk simen kelas G dan sesuai digunakan bersama dengan bahan tambah piawai yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Abu kelapa sawit, kanji sagu, kanji ubi kayu, lumpur gerudi, pengawal kehilangan bendalir |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Divisions: | Chemical and Natural Resources Engineering |
ID Code: | 4040 |
Deposited By: | Prof Madya Issham Ismail |
Deposited On: | 19 Jul 2007 04:56 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page