Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Toleransi dan aktiviti sosial anak-anak

Jasmi, Kamarul Azmi and Razi, Mohd. Rafeez and Shidun, Mohamad Shafiq (2012) Toleransi dan aktiviti sosial anak-anak. In: Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia , 22 September 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Apabila bercakap mengenai masa hadapan, sudah semestinya pelbagai perkara yang akan kita gambarkan. Baik mahupun buruk, sudah semestinya segala-galanya menjadi persoalan. Perkara paling utama yang menjadi topik perbincangan dalam kalangan manusia ialah soal pemimpin masa hadapan kelak. Dari aspek ini, kita sudah boleh lihat apa yang akan berlaku kelak. Oleh itu, Ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa perlu bertindak sebaiknya dalam mendidik anak-anak (Saat Sulaiman, 2008: 43). Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu yang belum mencapai kematangan (baligh) serta belum tahu membuat keputusan dengan sendirinya. Melalui definisi, kita boleh membuat keputusan bahawasanya anak-anak atau kanak-kanak ini memerlukan pembimbing. Untuk berhadapan dengan masa hadapan kelak, ianya bukan perkara yang mudah. Oleh itu, langkah-langkah terperinci perlu dilaksanakan untuk memastikan kehidupan anak di masa hadapan lebih terjamin (H. Mazahein, 2004: 115). Topik yang kami pilih ini lebih tertumpu kepada isu toleransi dan aktivisme sosial. Kedua-dua aspek ini amat penting untuk diaplikasikan oleh anak-anak di masa hadapan kelak. Antaranya, menjadi pemimpin yang tidak mementingkan diri, bertoleransi, membantu orangyang berada dalam keadaan kesusahan dan sebagainya. Oleh itu, Ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa akan menjadi agen atau tonggak utama dalam merealisasikan aspek ini dalam diri anak-anak.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:childen, guardian
Subjects:H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:40097
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:10 Aug 2014 01:58
Last Modified:24 Oct 2017 04:24

Repository Staff Only: item control page