Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mendidik anak-anak di zaman moden

Izham, Azril and Amin Harun, Muhammad Syukri and Jasmi, Kamarul Azmi (2012) Mendidik anak-anak di zaman moden. In: Seminar Pertama Sains,Teknologi, dan Manusia , 22 September 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
1MB

Abstract

Dalam zaman moden ini, iaitu zaman "21st Century", proses pembesaran kanak-kanak, sejak mereka lahir hingga ke peringkat kedewasaan banyak dipengaruhi oleh persekitaran, bukan lagi hanya oleh ibu bapa dan ahli keluarga lain seperti zaman dahulu. Kini, penggunaan khidmat penjagaan kanak-kanak merupakan suatu yang normal, malahan ada yang terpaksa menggunakan khidmat tersebut hanya beberapa bulan selepas bayi dilahirkan disebabkan oleh keperluan bekerja. Hal ini mewujudkan keperluan garis panduan yang telus untuk menyokong perkembangan minda, fizikal, dan emosi kanak-kanak tersebut. Tanpa sokongan yang baik, perkembangan kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran bersosial, dan kemahiran membezakan perkara yang betul dan salah akan lambat berkembang dan bagi sesetengah kes yang ekstrem, terencat sama sekali, lalu menghasilkan insan-insan yang kurang bersedia menghadapi cabaran harian hidup. Artikel Mendidik Anak-Anak Di Zaman Moden membincangkan tentang garis panduan yang diperlukan oleh kanak-kanak dari pandangan para penyelidik psikologi dan perkembangan kanak-kanak Barat, dengan penambahan beberapa garis panduan menurut cara hidup seorang muslim. Hal ini penting kerana perbezaan agama utama di Barat merupakan agama Kristian dan atheism, dan dijarakkan lagi oleh perbezaan budaya Barat dengan budaya Timur. Antara psikologi Barat ialah buku Raising Kids in the 21st Century oleh Sharon K. Hall dan antara rujukan budaya dan panduan cara hidup Islam ialah buku Our Children A Practical Guide for Islamic Education oleh Abdullah M. Abdul-Mu'ti dan Child Education in Islam oleh Abdullah Nasih 'Ulwan. Walaupun wujud jurang perbezaan disebabkan oleh perbezaan agama dan budaya, kebanyakan garis panduan mendidik anak-anak secara psikologi sejak dari lahirnya kanak-kanak tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Hanya pertambahan atau gantian terhadap beberapa aspek sahaja yang diperlukan untuk menyesuaikan cara didikan tersebut dengan cara didikan Islam, dalam membentuk insan yang sempurna akal, fizikal, emosi, dan amalan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:children, modern times
Subjects:H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:40086
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:04 Aug 2014 13:12
Last Modified:24 Oct 2017 12:26

Repository Staff Only: item control page