Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran membaca dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

Muhammad, Azhar and Jasmi, Kamarul Azmi and Mustari, Mohd Ismail and Nasbon, Roshayati and Awang, Norhasanatul Fadzilah (2012) Kemahiran membaca dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. In: Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) , 8-9 March 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru.

[img] PDF
1MB

Official URL: http://islamic.utm.my/2011/10/28/international-sem...

Abstract

Kebolehan membaca merupakan salah satu daripada perkara asas yang perlu ada pada setiap individu yang ingin menguasai sesuatu bahasa. Mempelajari bahasa Arab memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu dan kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai selain kemahiran bercakap atau lisan, kemahiran menulis dan kemahiran mendengar. Kertas ini membincangkan kemahiran membaca sebagai salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mempelajari bahasa Arab. Beberapa aspek utama tentang kemahiran ini diketengahkan bagi melihat kepentingan kemahiran ini khususnya dalam pembelajaran bahasa Arab. Antara yang dibincangkan ialah tujuan membaca, ciri-ciri pembaca yang baik, jenis bacaan, dan peringkat membaca. Juga dinyatakan langkah pengajaran tahap rendah, pertengahan, dan lanjutan; masalah penguasaan bacaan bahasa Arab dan gaya pembelajaran, serta pengenalan bentuk bacaan intensif dan ekstensif. Kemahiran membaca dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah masih berada pada tahap lemah kerana pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa ini disebabkan kurang berminat terhadap bahasa Arab di samping kurang penggunaan bahasa ini dalam interaksi seharian. Pelajar hanya mempelajari bahasa ini di sekolah dengan masa yang terhad dan kurang kesedaran tentang kepentingan bahasa ini menjadikan pembelajaran bahasa ini berada di tahap yang masih lemah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:speaking or oral skills, writing skills and listening skills
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:40085
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:04 Aug 2014 05:12
Last Modified:24 Oct 2017 04:48

Repository Staff Only: item control page