Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

Muhammad, Azhar and Jasmi, Kamarul Azmi and Mustari, Mohd. Ismail and Sackkani, Saliha and Ali, Fauziah (2012) Kemahiran bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. In: Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]), 8-9 March 2012, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru.

[img] PDF (Fulltext)
1MB

Official URL: http://islamic.utm.my/2011/10/28/international-sem...

Abstract

Mana-mana bahasa kedua atau bahasa asing yang dipelajari memerlukan kepada mempraktikkan bahasa tersebut melalui pertuturan. Justeru kemahiran bertutur dalam mempelajari bahasa memainkan peranan yang amat penting bagi membolehkan bahasa tersebut dikuasai dengan baik. Begitu juga dengan pembelajaran bahasa Arab. Pada peringkat permulaan, pembelajaran bahasa Arab mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu bagi membolehkan mereka memahami ilmu-ilmu Islam khususnya untuk memahami kitab-kitab Islam yang muktabar yang ditulis dalam bahasa Arab. Hari ini, objektif mempelajari bahasa ini lebih meluas sebagai bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Guru perlu mahir menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan tahu menggunakan pendekatan-pendekatan terkini supaya interaksi dengan murid-murid berjalan lancar terutama di dalam kelas. Antara konsep yang dibincang agar strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur mencapai matlamatnya ialah pendekatan, kaedah dan teknik. Pendekatan yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ialah pendekatan bersepadu, induktif dan deduktif. Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah-kaedah pengajaran bahasa terkini yang biasa digunakan dalam pengajaran bahasa asing yang lain. Teknik terkini yang biasa digunakan ialah bercerita, permainan bahasa, bacaan dan sebutan, perbincangan, dan simulasi. Guru juga perlu mengikut panduan-panduan yang ditetapkan agar pembelajaran melalui kemahiran bertutur ini menjadi lebih mudah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:speech skills in teaching, learning
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:40080
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:07 Aug 2014 15:16
Last Modified:24 Oct 2017 12:49

Repository Staff Only: item control page