Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara skor pembelajaran aturan kendiri dengan kebolehan menyelesaikan masalah dalam Mata pelajaran Matematik

Sahabudin, Noor Azida and Ali, Mohamad Bilal (2013) Hubungan antara skor pembelajaran aturan kendiri dengan kebolehan menyelesaikan masalah dalam Mata pelajaran Matematik. In: 2nd International Seminar On Quality And Affordable Education (ISQAE 2013), 2013.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan di antara skor pembelajaran aturan kendiri dengan markah ujian pelajar yang melibatkan soalan penyelesaian masalah. Disamping itu, kajian ini turut mengkaji strategi pembelajaran pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan penyelesaian masalah Matematik. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Dalam kajian ini, skor pembelajaran aturan kendiri ditentukan dengan menggunakan instrumen MSLQ (Motivation Strategies for Learning Questionnaire) manakala keupayaan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah Matematik ditentukan dengan memberikan beberapa soalan penyelesaian masalah Matematik kepada pelajar. Responden kajian ini juga turut ditemubual dengan menggunakan instrumen SRLIS (Self-Regulated Learning Interview Schedule). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara skor pembelajaran aturan kendiri dengan markah ujian yang melibatkan soalan penyelesaian masalah Matematik. Malah, didapati pelajar yang memperolehi skor pembelajaran aturan kendiri yang tinggi, lebih berkebolehan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah berbanding pelajar yang memperolehi skor pembelajaran aturan kendiri yang rendah. Dapatan ini juga selari dengan hasil temubual yang dijalankan di mana didapati pelajar yang memperolehi markah ujian yang tinggi, lebih terancang strategi pembelajarannya berbanding pelajar yang memperolehi markah ujian yang rendah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:39417
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:30 Jun 2014 08:04
Last Modified:27 Sep 2017 06:55

Repository Staff Only: item control page