Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi kaunselor bukan Islam terhadap perkhidmatan kaunseling dengan klien saudara baru

Jayos, Samsiah and Jasmi, Kamarul Azmi (2013) Persepsi kaunselor bukan Islam terhadap perkhidmatan kaunseling dengan klien saudara baru. In: Prosiding Seminar Pertama Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM'13] (Proceedings of the First Seminar on Islamic Education and Research [SePPIM'13]), 17-18 September 2013, The Main Hall, Faculty of Islamic Cilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
232kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan kaunselor bukan Islam terhadap perkhidmatan kaunseling dengan klien saudara baru. Kajian ini berasaskan kepada Teori Imam al-Chazali dan Teori Pemusatan Cari Rogers. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif. Temu bual semi struktur digunakan oleh pengkaji untuk mendapat maklum balas dari subjek kajian. Lokasi kajian dipilih ialah negara Malaysia. Sampel kajian adalah sampel bertujuan. Partisipan terdiri daripada kaunselor dari berbeza organisasi. Seramai tiga (3) orang partisipan terlibat dalam kajian ini. Partisipan 1 (P01) dan partisipan 2 (02) adalah perempuan, manakala partisipan 3 (03) adalah lelaki. Dapatan dari keputusan analisa mendapati, seorang (1) partisipan pernah menjalankan sesi kaunseling dengan klien saudara baru manakala dua (2) orang partisipan menyatakan tidak pernah ada pengalaman menjalankan sesi dengan klien saudara baru. Selain itu, perkongsian pengalaman dan pandangan hasil temu bual partisipan turu t dimuatkan dahim kertas kerja ini serta limitasi dalam mengendalikan sesi dengan klien saudara baru. Manakala, pandangan adakah latihan ilmiah di universiti yang diterima oleh kaunselor sesuai diaplikasikan untuk klien saudara baru serta cadangan oleh partisipan elemen yang perlu ada dalam perkhidmatan kaunseling oleh kaunselor yang ingin mengendalikan kaunseling dengan klien saudara baru juga dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:perkhidmatan, kaunseling
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF637 Counseling
ID Code:38790
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2014 12:49
Last Modified:22 Oct 2017 11:49

Repository Staff Only: item control page