Ismail, Sarimah and Zakaria, Wan Zulkhairi and Mohd. Amin, Nor Fadila (2013) Struktur kurikulum program diploma pendidikan lepasan ijazah Pendidikan Teknikal dan Vokasional. In: 2nd International Seminar on Quality & Affordable Education 2013, 2013.
Full text not available from this repository.
Abstract
Tahap penguasaan calon guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) berada pada tahap sederhana bagi komponen ihtisas pendidikan dan tumpuan kedua. Keyakinan mereka untuk mengajar di sekolah juga berada pada tahap sederhana . Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kepuasan pelajar lulusan program DPLI PTV terhadap struktur kurikulum program DPLI PTV dan struktur kurikulum yang sesuai untuk program DPLI PTV. Kajian yang mengaplikasi rekabentuk kajian campuran ini menggunakan borang soal selidik, protokol temubual dan dokumen sebagai alat mengumpul data. Pembinaan item borang soal selidik telah dinilai oleh perisian model Rasch. Temubual melibatkan penyelaras program IPTA yang menawarkan program DPLI PTV iaitu UTM, UPM, UTHM dan UPSI. Borang soal selidik telah dijawab dengan lengkap oleh 160 guru lepasan program DPLI PTV yang mengajar di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS versi 16.0 sementara dapatan temubual dianalisa menggunakan sistem koding. Dapatan kajian menunjukkan tempoh program DPLI PTV perlu ditambah kepada tiga semester, jumlah kursus pendidikan teknikal juga perlu ditambah bagi membolehkan calon guru DPLI PTV menguasai bidang pendidikan teknikal yang mengandungi pelbagai pengkhususan sebagai persediaan untuk mengajar di sekolah. Kajian ini telah mencadangkan struktur kurikulum baru bagi program DPLI PTV pengkhususan Kemahiran Hidup.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 38772 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 25 May 2014 04:49 |
Last Modified: | 28 Sep 2017 01:03 |
Repository Staff Only: item control page