Yahaya, Azizi and Madavan, Nalini (2007) Faktor-faktor lepak dan hubungan keibubapaan di kalangan pelajar remaja di sekolah menengah di empat buah negeri. In: Conference.
PDF
149kB |
Official URL: https://core.ac.uk/display/11780145?source=3&algor...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang paling dominan mempengaruhi lepak dengan hubungan keibubapaan. Seramai 500 orang pelajar dari 18 buah sekolah menengah iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang dipilih secara kelompok atas kelompok dalam kajian. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI), Teenagers Personality Questionnaires (TPAS) dan The Parental Aspect Questionnaires (PAAS). Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi faktor-faktor lepak ialah 0.8596, corak asuhan ibu bapa ialah 0.8879 dan peranan ibu bapa ialah 0.8975. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dengan faktor hubungan keibubapaan, kendiri remaja, pendidikan agama, corak asuhan dan peranan ibu bapa sebagai contoh tauladan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan rakan sebaya dan persekitaran. Faktor hubungan kekeluargaan merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi pelajar remaja. Dapatan kajian menunjukkan corak asuhan demokrasi dan peranan ibu bapa sebagai contoh tauladan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Hubungan keibubapaan, lepak, remaja |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 3864 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 28 Jun 2007 09:08 |
Last Modified: | 12 Sep 2017 01:23 |
Repository Staff Only: item control page