Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Stress dalam kalangan guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaludin and Ismail, Mazeni (2010) Stress dalam kalangan guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25 . pp. 103-136. ISSN 2180-3463

[img] HTML - Published Version
290kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk mengukur lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Administrative Stress Index, ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire, GHQ). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stres, dimensi stres, tahap stres, stres guru
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:38422
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:26 May 2014 08:48
Last Modified:15 Feb 2017 09:48

Repository Staff Only: item control page