Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah penyesuaian: punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian di universiti

Chong Abdullah, Maria and Elias, Habibah and Mahyuddin, Rahil and Uli, Jegak (2006) Masalah penyesuaian: punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian di universiti. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
71kB

Abstract

Perkembangan yang pesat dalam pendidikan tertiari dapat disaksikan melalui kadar enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. Peningkatan ini adalah selaras dengan peranan pendidikan tertiari yang semakin penting bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan tertiari 2001-2010 yang bertujuan menyediakan tenaga menusia yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti untuk memenuhi keperluan negara. Maka sudah menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk mengeluarkan graduan yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik, berketrampilan, berdaya saing, dan bersahsiah melalui pelbagai usaha dan strategi. Walau bagaimana banyak kajian yang lepas telah menunjukkan pelajar atau mahasiswa tidak berjaya menyempurnakan pengajian di universiti disebabkan oleh masalah penyesuaian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menerokai masalah penyesuaian yang dialami oleh para mahasiswa melalui tinjauan terhadap kajian yang lepas, di samping meninjau tahap dan masalah penyesuaian di kalangan sekumpulan pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Kajian awal menunjukkan 51.9% daripada pelajar ini menunjukkan tahap penyesuaian yang sederhana, manakala 18.5% menunjukkan tahap penyesuaian yang rendah. Masalah penyesuaian yang paling ketara dari aspek akademik ialah pelajar menghadapi kesukaran dalam melaksanakan kerja akademik (min=3.78), dan tidak cekap menggunakan masa untuk belajar (min=3.85). Masalah penyesuaian dari aspek peribadi-emosi pula merangkumi masalah fizikal seperti berasa letih (Min=3.78), dan masalah tidak dapat bertanggungjawab terhadap diri sendiri (Min=3.93).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Penyesuaian; pelajar; universiti
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:378
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:53
Last Modified:23 Aug 2017 06:02

Repository Staff Only: item control page