Yahaya, Azizi and Sihes, Ahmad Johari and Ghazali, Shahzalina (2003) Amalan pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional di tiga buah sekolah teknik di Selangor. In: Jurnal Teknologi. Siri kertas kerja penyelidikan (Universiti Teknologi Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan) . Penerbit UTM, Johor, pp. 1-9. (Submitted)
This is the latest version of this item.
|
PDF
139kB |
Abstract
Kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Seramai 90 orang guru yang mengajar matapelajaran teknik dan vokasional di 3 buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian digunakan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati responden sedikit sebanyak mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif tetapi faktor-faktor seperti kekangan masa dan sikap pelajar ternyata mempunyai pengaruhi negatif terhadap pengamalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik yang dikaji. Walaupun demikian, sikap guru didapati positif dalam amalan pembelajaran koperatif dan menyumbang kepada perlaksanaan amalan pembelajaran koperatif di dalam kelas. Sebagai kesimpulan, amalan kaedah pembelajaran koperatif boleh dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya sekiranya aspek yang boleh menjejaskan pengamalannya di atasi dan aspek yang menyumbang kepada perlaksanaannya dipertingkatkan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pembelajaran koperatif, kekangan masa, sikap pelajar dan sikap guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 3753 |
Deposited By: | Narimah Nawil |
Deposited On: | 21 Jun 2007 04:55 |
Last Modified: | 29 Nov 2018 07:34 |
Available Versions of this Item
- Amalan pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional di tiga buah sekolah teknik di Selangor. (deposited 21 Jun 2007 04:55) [Currently Displayed]
Repository Staff Only: item control page