Abd. Ghani, Zulkiple and Abu Mansor, Nor Salimah (2006) Penghayatan agama sebagai asas pembangunan pelajar: analisis terhadap beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)
|
PDF
177kB |
Official URL: https://seminar.utmspace.edu.my/nasdec2008/
Abstract
Penghayatan agama (religiosity) mengandungi pengertian menterjemah dan mengamalkan ajaran agama secara komprehensif dalam cara berfikir, bercakap, bertingkahlaku, menetapkan prinsip, keputusan dan tindakan dalam segenap aspek kehidupan dengan berumbikan pengetahuan dan kefahaman agama. Dalam konteks pembangunan pelajar di Malaysia, penghayatan agama merupakan salah satu elemen teras yang mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pelajar. Ia mampu membentuk dan mempertingkat nilai insan dengan meraikan segala unsur yang ada padanya dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) sebagai rekabentuk kajian. Maklumat kajian diperoleh melalui kitab tulisan al-Imam al-Ghazali dan buku-buku yang menghuraikan pemikiran beliau. Kertas kerja ini cuba menganalisis beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali dalam ruang lingkup penghayatan agama, khususnya berkaitan aspek kerohanian yang menjadi wahana membangunkan nilai insan secara holistik dan menyediakannya sebagai suatu daya kawal manusia bagi memelihara unsur ruhiyyah yang halus iaitu jiwa rohani manusia atau latifah rabbaniyyah ruhaniyyah; melalui konsep pembersihan jiwa (tazkiyat al-nafs) berdasarkan karyanya seperti Ihya’ 'Ulum al-Din, Minhaj al-'Abidin dan Ayyuha al- Walad.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Penghayatan agama; kualiti peribadi pelajar; pandangan al-Imam al-Ghazali |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
ID Code: | 375 |
Deposited By: | Haliza Zainal |
Deposited On: | 16 Feb 2007 06:55 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 03:25 |
Repository Staff Only: item control page