Hashim, Zulkefli and Phang, Fatin Aliah (2013) Amalan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru fizik tingkatan enam. In: 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education 2013, 2013.
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.isqae.com
Abstract
Sejak kebelakangan ini, telah banyak kajian dilakukan mengenai Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan PTPK guru fizik tingkatan enam dalam aspek amalan pengajaran, tahap pengintegrasian ICT dan pengetahuan topik keelektromagnetan. Kajian tinjauan dilaksanakan menggunakan ujian kefahaman konsep keelektromagnetan (UEM), soal-selidik tahap pengintegrasian ICT (SSICT) dan borang rancangan pengajaran (RP) bagi mengenalpasti miskonsepsi dalam topik keelektromagnetan, tahap pengintegrasian ICT dan ciri-ciri amalan pengajaran. Seramai 31 orang guru fizik Tingkatan Enam yang terdiri daripada guru baru dan guru berpengalaman terlibat sebagai responden. Data ujian UEM dianalisis berdasarkan skema jawapan, soal-selidik SSICT menggunakan statistik diskriptif dan inferensi manakala dokumen RP menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru berpengalaman lebih cenderung mengamalkan pendekatan pengajaran berpusatkan guru sahaja berbanding guru baru yang lebih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran gabungan iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Didapati tahap pengintegrasian ICT guru baru adalah pada tahap sederhana manakala guru berpengalaman berada di tahap rendah. Kedua-dua guru baru dan guru berpengalaman didapati mengalami miskonsepsi bagi keempat-empat item dalam ujian UEM. Adalah dicadangkan bahawa guru fizik tingkatan enam perlu meningkatkan penguasaan konsep keelektromagnetan di samping penggunaan teknologi dan pedagogi yang sesuai bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ptpk, amalan pengajaran, pengintegrasian ict, miskonsepsi, keelektromagnetan |
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 37219 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 25 Mar 2014 01:48 |
Last Modified: | 12 Sep 2017 03:47 |
Repository Staff Only: item control page