Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMJ): suatu isu berulang

Ishak, Tuah and Mohamed, Mohini (2010) Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMJ): suatu isu berulang. Jurnal Teknologi (Sains sosial), 53 . pp. 95-106. ISSN 0127-9696 (Print); 2180-3722 (Electronic)

[img] PDF (Full Text)
106kB

Official URL: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...

Abstract

Dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak tahun 2003. Perlaksanaan polisi ini telah melalui satu kitaran. Pelajar sekolah yang mula belajar dalam tingkatan satu serta pelajar matrikulasi di pelbagai pusat pengajian tinggi di Malaysia telah menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi khususnya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kertas kerja ini akan memberi sedikit gambaran tentang kesan perlaksanaan polisi ini terhadap pelajar di beberapa buah fakulti yang diambil secara rawak di UTM. Kajian ini meneliti kesan polisi PPSMI terhadap tiga aspek, iaitu kesediaan, minat dan keyakinan dalam kalangan pelajar UTM. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah a = 0.895. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan pelaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa PPSMI penting bagi peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Teaching science and mathematics in English (ETeMS), readiness, enthusiasm, confidence, higher institution of education
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:36987
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:09 Mar 2014 16:53
Last Modified:01 Nov 2017 12:17

Repository Staff Only: item control page