Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan permodelan masa untuk analisis penjadualan dalam pembangunan perisian berasaskan kompenen

Abang Jawawi, Dayang Norhayati and Mohamad, Radziah and Mamat, Rosbi and Deris, Safaai and Mohd. Zaki, Mohd. Zulkifli (2010) Pendekatan permodelan masa untuk analisis penjadualan dalam pembangunan perisian berasaskan kompenen. Jurnal Teknologi, 52 . pp. 117-133. ISSN 0127-9696 (Print); 2180-3722 (Electronic)

[img]
Preview
PDF
3MB

Abstract

Dalam mereka bentuk sesebuah perisian masa–nyata terbenam, perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah mengambil kira keperluan masa–nyata perisian tersebut. Kebolehan meramal dan menganalisis masa boleh menjamin keutuhan sesebuah sistem masa–nyata terbenam. Keperluan pemasaan bagi sistem masa–nyata terbenam mestilah dimodelkan dengan jelas semasa fasa keperluan dan fasa reka bentuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan ralat permasaan berlaku semasa berada di lapangan dan menyebabkan kos yang banyak bagi kerja–semula pada peringkat akhir pembangunan. Analisis penjadualan merupakan alatan asas untuk menyemak ketepatan masa bagi sesebuah aplikasi masa–nyata. Kaedah analisis ini membolehkan proses menyemak faktor kekangan masa dengan meramal kes perlakuan terburuk bagi sesebuah sistem masa–nyata semasa algoritma penjadualan diaplikasikan. Kertas kerja ini mencadangkan satu pendekatan permodelan pemasaan di dalam pembangunan perisian yang berasaskan komponen dan menunjukkan bagaimana ramalan prestasi masa–nyata boleh dibuat berdasarkan model pemasaan tersebut. Satu eksperimen yang melibatkan kajian kes sistem masa–nyata terbenam telah direka bentuk untuk menunjukkan pendekatan yang dicadangkan ini dan juga mengesahkan keputusan ramalan prestasi sebenar perisian masa–nyata terbenam tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:embedded real-time systems, schedulability analysis, component-based software
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:36986
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:09 Mar 2014 08:53
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page