Junaidi, Juhazren and Ali, Mohd. Fadzli and Aris, Baharuddin (2006) Pembangunan dan penilaian keberkesanan koswer pembelajaran solat jamaâ dan qasar Pendidikan Islam tingkatan dua KBSM. In: Konvensyen PTPM, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 16 - 19 September 2006, Awana Porto Malai, Langkawi, Malaysia. (Unpublished)
Full text not available from this repository.
Abstract
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin pesat pada hari ini hingga turut mempengaruhi dunia pendidikan. Teknologi yang berkembang sebegini pesat memungkinkan proses pembelajaran dilakukan berbantukan komputer sepenuhnya atau dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan Sekolah Bestari, maka kajian ini memilih untuk membangunkan dan menilai keberkesanan sebuah koswer Pembelajaran Solat Jama’ dan Qasar Pendidikan Islam Tingkatan Dua KBSM. Koswer pembelajaran berciri tempatan ini dibangunkan bertujuan membantu mengiringi pembelajaran bab solat Jama’ dan Qasar di sekolah. Koswer ini dibangunkan menggunakan perisian Bahasa Gubahan Macromedia Authorware 6.5. selain itu, beberapa perisian sokongan turut digunakan, antaranya Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6 dan sebagainya. Ini tidak lain untuk mewujudkan ciri-ciri multimedia dalam koswer agar pembelajaran menjadi lebih terangsang. Teori pembelajaran kognitif telah diterapkan melalui lima ciri dalam pembangunan koswer ini yang menggunakan model pembangunan Hannafin dan Peck (1985). Teori pembelajaran kognitif berpotensi menggarap kemahiran penaakulan dan pembinaan persepsi oleh pelajar. Koswer diuji dengan kajian berbentuk kuasi-eksperimental dengan 15 sampel menggunakan kajian pra dan pos. Instrumen ujian, soal selidik dan pemerhatian digunakan bagi mendapatkan data. Dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science(SPSS) versi 11.0 untuk Windows. Dapatan kajian seterusnya boleh digunakan untuk kajian lanjutan atau rujukan mana-mana pihak. Semoga koswer yang dibangunkan akan memberi manfaat kepada semua yang menggunakannya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | solat jamaâ dan qasar, Pendidikan Islam, KBSM |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 3641 |
Deposited By: | Juhazren Junaidi |
Deposited On: | 14 Jun 2007 04:29 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 02:20 |
Repository Staff Only: item control page