Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar pendidikan fizik merentas jantina

Ali, Marlina and Noordin, Shaharom (2006) Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar pendidikan fizik merentas jantina. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 15 (1). pp. 99-110.

[img] PDF
43kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar Pendidikan Fizik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 71 orang pelajar Pendidikan Fizik terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA-A). Statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi seperti Ujian-t digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar Pendidikan Fizik tahun empat merentas jantina adalah sederhana. Perbandingan keseluruhan konstruk kemahiran berfikir kritis iaitu inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi, penilaian hujah merentas jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti pada aras .05.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:3637
Deposited By: Marlina Ali
Deposited On:14 Jun 2007 04:13
Last Modified:01 Jun 2010 03:11

Repository Staff Only: item control page