Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Adab makan dan minum

Jasmi, Kamarul Azmi and Md. Ahir, Ahmad Munir and Shiqi, Marvin Chua (2012) Adab makan dan minum. In: Seminar Pertama Sains, Teknologi dan Manusia 2012, 22 September 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
4MB

Abstract

Adab makan dan minum penting kepada semua bangsa terutamanya agama Islam yang meliputi semua aspek kehidupan. Seseorang Muslim perlulah mengetahui adab dan aturan makanan yang baik mengikut kehendak Islam bagi membentuk keperibadian Muslim yang sejati. Adab dan peraturan makan mengikut pandangan Islam perlu dibincang untuk menjadi panduan kepada setiap umatnya. Tujuan makan minum mengikut Islam membolehkan seseorang itu bersyukur kepada Allah S.W.T dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Peraturan-peraturan dan ketetapan agama Islam yang sebenarnya harus dipatuhi supaya mendapat keredaan sepenuhnya dari Allah S.W.T. Makanan dan minuman juga dibahagi kepada dua melalui pandangan Islam iaitu halal dan haram. Halal bermaksud makanan dan minuman yang baik dan tidak dilarang agama manakala haram pula bermaksud segala sesuatu benda yang diharamkan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya untuk dimakan dan diminum. Setiap bangsa perlu mengamalkan etika makan dan minum terutamanya kanak-kanak harus mendapat pendidikan awal tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Adab atau etika semasa pemakanan perlulah dilakukan seperti membaca Bismillah sebelum makan, membasuh tangan sebelum dan selepas makan, melafazkan al-hamdulillah selepas makan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dapat memastikan setiap keluarga makan dalam keadaan yang harmoni.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:36366
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:17 Feb 2014 09:24
Last Modified:16 Oct 2017 09:20

Repository Staff Only: item control page