Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan disiplin pelajar di sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor

Patchaippan, Kalaichalvi (2012) Pengurusan disiplin pelajar di sekolah menengah daerah Kulaijaya, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah pengetahuan dan pelaksanaan guru-guru disiplin dalam pengurusan disiplin pelajar di Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya. Kajian ini telah menjelaskan tentang tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru-guru disiplin berdasarkan Model Pengurusan Disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Sampel kajian dipilih di kalangan guru-guru daripada 12 buah sekolah yang terdiri daripada guru-guru disiplin. Tujuan pemilihan sampel ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin berdasarkan elemen-elemen yang dinyatakan dalam Model Pengurusan Disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Skala Likert telah digunakan untuk mengukur maklum balas bagi soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Versi 20.0. untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan dalam kalangan guru-guru disiplin adalah tinggi. Kajian juga menunjukkan tidak terdapatnya perbezaan dalam pengetahuan guru tentang pengurusan disiplin berdasarkan faktor jantina dan tempoh perkhidmatan sebagai guru disiplin serta menunjukkan terdapatnya perhubungan antara tahap pengetahuan tentang pengurusan disiplin pelajar dan tahap pelaksanaan pengurusan disiplin dalam kalangan guru disiplin. Implikasi kajian menyentuh tentang perlunya guru-guru disiplin meningkatkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan pengurusan disiplin dari segi pelanggaran peraturan dan hukuman yang setimpal mengikut prinsip-prinsip pengurusan disiplin pelajar berdasarkan Model Pengurusan disiplin KPM(1988) yang dikhususkan untuk pengurusan disiplin pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Yusof Boon
Uncontrolled Keywords:pengurusan disiplin, Kementerian Pendidikan Malaysia, SPSS
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:34659
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Oct 2013 16:02
Last Modified:27 Apr 2018 09:29

Repository Staff Only: item control page