Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan perantara terhadap hubungan faktor penglibatan pengurus LINI dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan Continuous Professional Development (CPD)

Hassan, Mohamed Ayyub (2013) Peranan perantara terhadap hubungan faktor penglibatan pengurus LINI dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan Continuous Professional Development (CPD). Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Management.

[img]
Preview
PDF
746kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan peranan sumber manusia dalam mengantara hubungan antara faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan CPD. Berdasarkan kajian literatur, tiga faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia telah dikenal pasti iaitu keinginan, efikasi kendiri dan sokongan sumber manusia. Manakala empat peranan sumber manusia yang digunakan sebagai pembolehubah pengantara adalah rakan kongsi strategic, pakar pentadbiran, juara pekerja dan ejen perubahan. Seramai 74 responden dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai telah memberi maklum balas bagi kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik, sebelum dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan multivariat untuk menjawab objektif kajian dan mengukur hubungan antara pembolehubah. Dapatan kajian menjelaskan bahawa faktor efikasi kendiri dan peranan pakar pentadbiran berada pada tahap yang paling tinggi di kalangan pengurus lini di UTM. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara semua faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia dan keberkesanan CPD. Tiga peranan sumber manusia iaitu rakan kongsi strategik, juara pekerja dan ejen perubahan dapat mengantara kesemua faktor penglibatan pengurus lini dalam inisiatif sumber manusia (keinginan, efikasi kendiri, sokongan sumber manusia) dengan keberkesanan CPD. Manakala peranan pakar pentadbiran hanya dapat mengantara satu faktor sahaja iaitu efikasi kendiri dengan keberkesanan CPD.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Nur Hana Abu Mansor
Uncontrolled Keywords:personnel management, management
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management
ID Code:33820
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:31 Oct 2013 14:49
Last Modified:23 Jul 2017 09:50

Repository Staff Only: item control page