Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pandangan pengguna penyata kewangan terhadap kepentingan item di dalam indeks pelaporan kewangan menerusi internet di Malaysia

Ali Khan, Mohd Noor Azli and Ismail, Noor Azizi (2013) Pandangan pengguna penyata kewangan terhadap kepentingan item di dalam indeks pelaporan kewangan menerusi internet di Malaysia. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 61 (1). pp. 33-46. ISSN E-ISSN 2180-3722

[img] PDF
947kB

Abstract

Kajian ini cuba meneliti pandangan pengguna penyata kewangan berkaitan kepentingan item dalam indeks pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik untuk mengetahui pandangan pengguna penyata kewangan berhubung kepentingan item yang perlu terkandung dalam senarai semakan indeks PKMI. Berdasarkan sorotan karya yang menyeluruh, tahap PKMI dalam kajian ini dibahagikan kepada dua dimensi iaitu kandungan dan pembentangan. Penemuan kajian menunjukkan lima item terpenting iaitu penyata pendapatan tahun semasa, penyata aliran tunai tahun semasa, kunci kira-kira tahun semasa, laporan tahunan (teks penuh) tahun semasa, dan laporan juruaudit tahun semasa yang berupaya menggambarkan dimensi kandungan. Manakala, bagi dimensi pembentangan pula terdapat lima item terpenting daripada laporan tahunan dalam format PDF, masa muat turun laman web syarikat (kurang 10 saat), pautan kepada laman web utama, hiperpautan ada di dalam laporan tahunan, dan pautan kepada senarai kandungan. Penemuan kajian ini juga memberikan bukti empirikal bahawa 144 item pelaporan boleh digunakan bagi senarai semakan indeks PKMI untuk mengetahui tahap PKMI. Hasil kajian ini menyumbang kepada pemahaman tambahan tentang PKMI di Malaysia. Implikasi hasil kajian dan arah tuju penyelidikan masa hadapan turut dibincangkan.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > HG Finance
Divisions:Management
ID Code:33658
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:10 Sep 2013 08:25
Last Modified:13 Oct 2017 18:50

Repository Staff Only: item control page