Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan amalan pengurusan kualiti ke atas prestasi organisasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia

Abdul Talib, Hayati Habibah and Mohd Ali, Khairul Anuar and Idris, Fazli (2013) Hubungan amalan pengurusan kualiti ke atas prestasi organisasi PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 61 (1). pp. 1-10. ISSN E-ISSN 2180-3722

[img] PDF
546kB

Abstract

Pengukuran amalan pengurusan kualiti menjadi semakin penting bagi memantapkan kebolehsaingan secara holistik dalam pasaran yang semakin mencabar. Industri pemprosesan makanan di Malaysia semakin berkembang maju dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Malaysia juga mensasarkan pencapaian sebagai hub-halal dunia berikutan potensi baik bagi pasaran makanan halal dunia yang dikenal pasti. Namun, kajian kepustakaan berkenaan amalan pengurusan kualiti dan prestasi di industri ini menunjukkan bahawa majoriti kajian lepas lebih tertumpu kepada industri automotif dan elektrik. Dengan demikian, persoalan kajian berkaitan pelaksanaan amalan pengurusan kualiti dan prestasi di kalangan para pemain industri ini di Malaysia adalah masih belum terjawab. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada PKS industri pemprosesan makanan di Malaysia menerusi kaedah pensampelan pelbagai peringkat dan sebanyak 221 borang soal selidik telah dikembalikan. SPSS dan AMOS 5.0 digunakan untuk menganalisis hubungan di antara kedua konstruk pendam kajian ini. Dapatan menunjukkan amalan pengurusan kualiti yang diukur adalah signifikan ke atas prestasi organisasi PKS. Dapatan kajian juga berjaya mengetengahkan faktor-faktor amalan pengurusan kualiti yang penting dan wajar diberi perhatian oleh PKS pemprosesan makanan bagi menikmati prestasi yang cemerlang dan lebih berdaya saing. Namun begitu, kajian masa hadapan perlu mengetengahkan dan menguji pelbagai faktor lain yang dapat mempengaruhi prestasi PKS di industri ini.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:33656
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:04 Sep 2013 10:17
Last Modified:13 Oct 2017 18:50

Repository Staff Only: item control page