Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Usaha menerapkan budaya penyelenggaraan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia

Misnan, Mohd. Saidin and Samlawi, Samidah (2012) Usaha menerapkan budaya penyelenggaraan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia. The Malaysian Surveyor, 47 (1). pp. 16-25. ISSN 0127-4937

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Sektor pembinaan di Malaysia telah mengalami evolusi yang pesat pada masa kini. Pelbagai jenis bangunan pencakar langit dibina dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih. Namun isu yang terus membelenggu masyarakat adalah masalah penyelenggaraan kemudahan, infrastruktur dan bangunan yang tidak menyeluruh. Aset dan fasiliti milik kerajaan dilihat masih kurang diberi perhatian terhadap aspek penyelenggaraan. Setiap tahun kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk membaiki kemudahan yang telah rosak. Objektif artikel ini adalah mengenal pasti faktor-faktor yang perlu dilaksanakan untuk menerapkan budaya penyelenggaraan dan mengenal pasti amalan terbaik bagi setiap faktor penerapan budaya penyelenggaran itu. Responden yang dipilih ialah kakitangan organisasi pengurusan aset dan fasiliti kerajaan di setiap kementerian yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor komitmen pengurusan atasan adalah faktor yang paling utama untuk menerapkan budaya penyelenggaraan dan amalan terbaik adalah kesedaran dalam diri bahawa kerja adalah sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dalam usaha menerapkan budaya penyelenggaraan di kalangan kakitangan organisasi pengurusan aset dan fasiliti kerajaan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Public Service Sector In Malaysia, organizing and knowing
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Built Environment
ID Code:33623
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:01 Jun 2014 11:23
Last Modified:25 Mar 2019 16:18

Repository Staff Only: item control page