Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengelompokan Data Kaji Cuaca Menggunakan Algoritma K-Means Bagi Peramalan Taburan Hujan

Bahari, Mahadi and Dollah @ Md. Zain, Rozilawati and Bakri, Aryati and Mohamad Adini, Mohamad Fahmi and Md. Sap, Mohd. Nor (2005) Pengelompokan Data Kaji Cuaca Menggunakan Algoritma K-Means Bagi Peramalan Taburan Hujan. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke xiii, 31 May - 2 June 2005, Hotel Holiday Villa, Alor Star, Kedah.

[img] PDF
229kB

Abstract

Pengelompokan merupakan salah satu teknik utama di dalam perlombongan data di mana set entiti dibahagikan kepada beberapa subkelas. Tujuan utama proses pengelompokan adalah untuk mengenalpasti corak sesebuah kumpulan, yang membolehkan persamaan serta perbezaan yang wujud antara kumpulan dikenalpasti. Terdapat pelbagai kaedah di dalam pengelompokan di mana setiap satunya berfungsi mengikut cara tersendiri dan mengeluarkan keputusan yang berlainan. Kajian ini menekankan kepada proses pengelompokan data kaji cuaca dengan menggunakan algoritma K-Means. Di dalam kajian ini, beberapa algoritma K-Means yang dihasilkan oleh penulis yang berlainan, dibincangkan secara umum. Penulis juga telah memfokuskan kajian kepada pengelompokan parameter data kaji cuaca kepada beberapa kelompok yang berlainan. Kelompok-kelompok ini dihasilkan melalui pembangunan algoritma K-Means dengan menggunakan program Borland C. Hanya beberapa wakil parameter sahaja diambil daripada setiap kelompok yang telah dihasilkan), akan digunakan bagi melakukan proses peramalan taburan hujan. Hasil yang diperolehi di dalam kajian menunjukkan proses pengelompokan dapat memudahkan proses peramalan taburan hujan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengelompokan, K-Means, Peramalan taburan hujan, Kaji cuaca.
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3245
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:22 May 2007 04:02
Last Modified:28 Aug 2017 08:25

Repository Staff Only: item control page