Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola NAFS dan hubungannya dengan salah laku remaja di sebuah Sekolah Menegah Negeri Melaka

Mohamed Zabidi, Mohamed Azri (2011) Pola NAFS dan hubungannya dengan salah laku remaja di sebuah Sekolah Menegah Negeri Melaka. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
723kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pola nafs dan hubungannya dengan salah laku remaja di salah sebuah sekolah menengah negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian korelasi. 88 responden yang terdiri daripada 33 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan. Soal Selidik Nafsu yang dibina oleh Norshelida (2010) yang mempunyai nilai Cronbach Alpha 0.918 dan Soal Selidik Salah Laku Remaja yang dibina oleh Mohamed Azri (2011) telah digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 15.0. Analisis deskriptif menunjukkan pola nafs Rodhiah merupakan pola nafsu yang paling tinggi dimiliki oleh remaja di Sekolah Menengah Bukit Katil Melaka dengan min 3.24 diikuti dengan nafs Mutmainnah dengan min 3.03, nafs Mulhimah dengan min 3.02, nafs Lawwamah dengan min 2.84 dan nafs Ammarah dengan min 2.25. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan salah laku menipu merupakan salah laku yang tertinggi dengan min 1.42 diikuti dengan salah laku kurang sopan dengan min 1.33. Ini diikuti oleh salah laku ponteng dengan min 1.15, salah laku biadap dengan min 1.08, salah laku musnah dengan min 1.07 dan salah laku lucah berada pada tangga yang paling rendah iaitu dengan min 1.02. Analisis Inferensi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara nafs Ammarah dengan salah laku biadap dengan nilai signifikan p=0.016, salah laku kurang sopan dengan nilai signifikan p=0.008, salah laku ponteng dengan nilai signifikan p=0.000. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Nafs Lawwamah dengan salah laku ponteng dengan nilai signifikan p=0.008.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. Faizah Abd. Ghani
Uncontrolled Keywords:pola NAFS, remaja, salah laku
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:32436
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:23 Sep 2013 11:20
Last Modified:27 May 2018 15:46

Repository Staff Only: item control page