Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran Free-Body Diagram (FBD) dalam menyelesaikan masalah tajuk daya tingkatan empat

Salleh, Noor Izyan (2012) Pengajaran Free-Body Diagram (FBD) dalam menyelesaikan masalah tajuk daya tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Free-body Diagram (FBD) merupakan gambar rajah perwakilan yang membantu pelajar menyelesaikan masalah tentang Daya. Justeru, kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah Daya di samping membaiki cara pengajaran guru melalui pengajaran FBD. Modul pengajaran FBD dihasilkan untuk membantu kelancaran proses pengajaran FBD. Kajian ini melibatkan 35 orang responden di SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Keupayaan Menyelesaikan Masalah Daya (UKMMD). Item UKMMD ini merangkumi dua subtopik Fizik Tingkatan Empat iaitu “Kesan-kesan Daya” dan “Daya dalam Keseimbangan”. Ujian pra UKMMD ini bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar sebelum diajar menggunakan modul pengajaran FBD manakala ujian pasca pula untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar selepas pengajaran FBD dan juga hubungan pemahaman FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya. Data yang dikumpul dianalisis untuk mendapatkan peratusan, min purata, ujian-t dan nilai kolerasi Pearson ‘r’. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum pengajaran FBD dan tahap pemahaman penggunaan FBD adalah pada tahap rendah manakala tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD pada tahap sederhana. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang bererti bagi tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum dan selepas pengajaran FBD (t = - 9.433, p < .01). Analisis korelasi menunjukkan hubungan yang sederhana (r = 0.47, p < .01) antara pemahaman penggunaan FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pengajaran FBD dapat membantu meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Daya.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Fizik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:32378
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:02 Aug 2017 08:30
Last Modified:06 Sep 2017 03:43

Repository Staff Only: item control page