Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kualiti pembangunan modal insan berminda kelas pertama di ILP Pasir Gudang Johor Bahru

Ibrahim, Siti Marliza (2012) Kualiti pembangunan modal insan berminda kelas pertama di ILP Pasir Gudang Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Sistem pendidikan di Malaysia khususnya pendidikan teknik dan vokasional sedang memasuki era baru malalui tranformasi yang dijalankan. Dalam konteks ini, modal insan yang lahir daripada sistem pendidikan teknik dan vokasional wajar dilengkapi dengan beberapa aspek bagi memastikan kualiti output yang dihasilkan terjamin. Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti pembangunan berdasarkan ciri-ciri modal insan berminda kelas pertama di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor Bahru. Aspek yang dikaji dalam membangunkan modal insan berminda kelas pertama adalah pembangunan kerohanian, pembangunan tanggungjawab kepimpinan sosial, pembangunan pengetahuan akademik dan kemahiran kerjaya. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif dengan jumlah responden sebanyak 175 orang. Responden terdiri daripada pelatih-pelatih semester 3 dan 4 yang mengikuti kursus dalam bidang kejuruteraan diperingkat sijil. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan latar belakang responden dan bahagian B yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan berada pada tahap yang tinggi iaitu a = 0.892. Analisis data dibuat berdasarkan peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kualiti pembangunan modal insan berminda kelas pertama dikalangan pelatih ILP Pasir Gudang berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.52. Hasil kajian mendapati, pelatih-pelatih ILP Pasir Gudang telah menguasai elemen-elemen pembangunan kerohanian dengan purata min 4.59, pembangunan kepimpinan tanggungjawab sosial min 4.36, pembangunan pengetahuan akademik dengan min 4.63 dan pembangunan kemahiran kerjaya min 4.48. Analisis inferensi juga dijalankan ke atas elemen latar belakang kursus responden dengan faktor pembangunan kerohanian, pembangunan tanggungjawab kepimpinan sosial, pembangunan pengetahuan akademik dah kemahiran kerjaya. Hasil dapatan mendapati tiada perbezaan signifikan antara kesemua faktor dengan program di ILP. Oleh itu, dicadangkan, agar kajian ini dilanjutkan untuk mengetahui tahap pembangunan modal insan pelatih ILP di seluruh Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. Rohana Hamzah
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5549.5.M63 Employee motivation
Divisions:Education
ID Code:32249
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:13 Jun 2017 11:03
Last Modified:06 Sep 2017 11:27

Repository Staff Only: item control page