Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik pelajar Melayu Sekolah Menengah Agama daerah Pontian

Mazalan, Mohd. Faizal (2012) Faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik pelajar Melayu Sekolah Menengah Agama daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
194kB

Abstract

Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah samaada sekolah menengah atau pun rendah. Pencapaian Matematik pelajar Melayu masih belum memuaskan. Oleh itu, faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik mendapat perhatian pengkaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang berkaitan pencapaian matematik pelajar Melayu Sekolah Menengah Agama Daerah Pontian. Seramai 158 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah di daerah Pontian telah diambil sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 30 item menggunakan pengukuran berskala Likert dan nilai kebolehpercayaan alpha a=0.82. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk dapatan kajian terhadap faktor jantina, pencapaian matematik UPSR, pencapaian matematik PMR, saiz keluarga, taraf pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, minat, persepsi, galakkan ibu bapa, peranan serta galakkan guru dan pengaruh rakan sebaya. Hasil kajian mendapati faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian matematik PMR adalah keputusan matematik UPSR, minat pelajar, tahap pendidikan ibu bapa, dan pengaruh rakan sebaya. Manakala bagi faktor yang tidak mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian matemati PMR adalah persepsi pelajar, saiz keluarga, pendapatan keluarga, galakkan ibu bapa dan peranan serta galakkan guru.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Matematik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Prof. Dr. Ismail Kailani
Uncontrolled Keywords:academic achievement, mathematics, study and teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:32080
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:23 Sep 2013 11:28
Last Modified:21 Sep 2017 17:07

Repository Staff Only: item control page