Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4, di tiga buah Sekolah Kawalan, daerah Pasir Gudang, Johor

Md. Said, Hasdhatul Norasyikin (2012) Amalan nilai murni dalam kalangan pelajar tingkatan 4, di tiga buah Sekolah Kawalan, daerah Pasir Gudang, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
563kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar di 3 Buah Sekolah Kawalan Dalam Daerah Pasir Gudang. Seramai 297 orang sampel yang terdiri dari 3 buah sekolah iaitu SMK (Agama) Johor Bahru, Pasir Gudang, SMK Dato’ Penggawa Timur dan SMK Taman Nusa Damai yang telah terlibat dalam kajian soal-selidik ini. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Nilai kebolehpercayaan soal-selidik ialah a = 0.814. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya kesemua 16 sub-nilai amalan nilai menurut KBSM telah menunjukkan skor ‘Sering Diamalkan’ yang tinggi bagi ketiga-tiga sekolah. Secara terperincinya didapati bahawa responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Pasir Gudang telah memilih jenis sub-amalan nilai Semangat Kejiranan sebagai jenis amalan yang paling diamalkan dengan nilai min 4.23. Manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur, Masai, jenis sub-amalan nilai Keadilan, Kebersihan, Keberanian, Kesederhanaan, Kejujuran, Kerajinan, Rasional, Kebersihan Fizikal & Mental, Kesyukuran dan Semangat Kerjasama merupakan jenis amalan yang paling selalu diamalkan. Manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang jenis sub-amalan nilai yang paling sering diamalkan ialah Kejujuran, Kerajinan, Rasional, Kebersihan Fizikal & Mental, Kesyukuran dan Kerjasama. Bagi tahap amalan nilai pula spesifikasi tahap amalan ‘Skor Tinggi’ diperolehi bagi ketiga-tiga sekolah kecuali bagi tahap amalan nilai Berdikari dan Keadilan yang mencatat ‘Skor Sederhana’. Bagi faktor yang mempengaruhi amalan nilai pula didapati bahawa faktor ibu, bapa dan keluarga dan faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyumbang amalan nilai bagi ketiga-tiga buah sekolah. Oleh itu, dalam mengenalpasti dan menilai jenis, tahap dan faktor amalan nilai murni dalam kalangan pelajar di sekolah, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai akhlak dan nilai amalan nilai murni yang tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamed Sharif Mustaffa
Uncontrolled Keywords:amalan nilai murni, faktor rakan sebaya, generasi berakhak tinggi
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:31848
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:23 Mar 2014 10:01
Last Modified:27 Apr 2018 09:18

Repository Staff Only: item control page