Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah menengah

Yacob, Norsurayahani (2012) Amalan membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
326kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi pentadbir sekolah menengah harian biasa daerah Segamat dalam membuat keputusan. Seramai 74 responden terlibat dalam kajian ini daripada 24 buah sekolah. Soal selidik menggunakan instrumen yang dibina dan mendapat pengesahan daripada pensyarah UTM, digunakan dalam kajian rintis untuk menguji kebolehpercayaannya. Darjah kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ini ialah 0.953. Kajian ini dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 17.0 berbentuk statistik desriptif iaitu frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi iaitu Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tiga faktor luaran yang mempengaruhi pentadbir sekolah dalam membuat keputusan iaitu hubungan interpersonal dalam organisasi, amalan dan budaya organisasi, dan sistem maklumat dan komunikasi. Manakala, empat faktor dalaman yang dikaji mempengaruhi pentadbir sekolah menengah dalam membuat keputusan iaitu pengetahuan dan kemahiran, nilai dan konsep individu, gaya membuat keputusan dan intuisi, dan personaliti dan trait. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor luaran mengikut jantina, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor dalaman mengikut jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan pentadbir mengikuti langkah-langkah dalam proses membuat keputusan berdasarkan model tertentu dengan kerap.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Hamdan Said
Uncontrolled Keywords:school management and organization, decision making
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:31847
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:23 Sep 2013 12:34
Last Modified:21 Sep 2017 14:19

Repository Staff Only: item control page