Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru Sekolah Menengah daerah Segamat

Abas, Hasfarina (2012) Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru Sekolah Menengah daerah Segamat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
854kB

Abstract

Pengurusan bilik darjah masak ini adalah kompleks kerana melibatkan aspek pengurusan serta pengajaran dalam satu masa yang sama. Di sekeliling guru adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melalui anak-anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengurusan serta amalan pengurusan yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah menengah di daerah Segamat, di samping mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam mengurus bilik darjah. Semua data kajian telah dianalisis menggunakan sistem The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Data diperolehi melalui soal selidik yang melibatkan 292 orang guru-guru sekolah menengah di daerah Segamat. Setiap elemen dalam pengurusan bilik darjah serta amalan pengurusan bilik darjah diterangkan menggunakan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru sekolah menengah daerah Segamat mempunyai tahap pengurusan bilik darjah dan amalan pengurusan bilik darjah yang tinggi. Dapatan turut menunjukkan masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam mengurus bilik darjah adalah berkait rapat dengan komunikasi antara guru dan pelajar, peraturan dan prosedur yang digariskan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran, persepsi ibubapa terhadap tindakan guru, pengaruh rakan sebaya dan factor persekitaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. M. Al-Muz-Zammil Yasin
Uncontrolled Keywords:bilik darjah, pengajaran, pembelajaran,
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:31564
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:15 Apr 2014 11:32
Last Modified:30 Sep 2017 16:14

Repository Staff Only: item control page