Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan Sekolah Menengah di Zon Bandar, daerah Segamat

Johari @ Ismail, Ilawati (2012) Gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan Sekolah Menengah di Zon Bandar, daerah Segamat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
290kB

Abstract

Era globalisasi menuntut seseorang pemimpin dalam dunia pendidikan mempunyai gaya dan ciri kepimpinan yang dapat menangani sebarang cabaran dalam memastikan organisasi pendidikan yang diterajui mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, kajian ini telah memfokuskan gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat. Kajian ini menggunakan soal selidik dan soalan-soalan berdasarkan Model Bolman dan Deal untuk gaya kepimpinan dan Ujian Lima Sifat Utama (Big Five Personality Test) bagi ciri kepimpinan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Science (SPSS) version 16.0 for Windows. Kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan Kerangka Sumber Manusia merupakan yang paling dominan. Manakala ciri kepimpinan yang paling dominan pula ialah Suka bergaul (Ektroversion). Seterusnya, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan pada tahap sederhana antara gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat. Kajian menunjukkan bahawa pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat mementingkan kerja secara berkumpulan dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan mereka sewaktu menguruskan pentadbiran panitia untuk mencapai matlamat yang dirancang secara bersama.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Yusof Boon
Uncontrolled Keywords:pendidikan, kepimpinan
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:31318
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:15 Apr 2014 11:49
Last Modified:21 Sep 2017 16:00

Repository Staff Only: item control page