Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teknik pengaturcaraan dan PASCAL

Saad, Puteh and Basiron, Halizah and Maarof, Mohd. Aizaini and Mohamed, Rozlina (1999) Teknik pengaturcaraan dan PASCAL. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0144–7

[img]
Preview
PDF
44kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku Teknik Pengaturcaraan dan Pascal mendedahkan kepada orang awam tentang intipati bahasa Pengaturcaraan Pascal. Bahasa Pascal merupakan bahasa pengaturcaraan berstruktur yang mempunyai sintaks yang ramah pengguna. Terdapat arahan-arahan yang dibina untuk tujuan merealisasikan teknik pengaturcaraan. Persembahan buku ini juga menarik, di mana setiap bab dimulai dengan penerangan konsep pengaturcaraan yang kemudiannya pula diikuti oleh contoh-contoh yang terperinci tentang konsep yang telah diterangkan. Di akhir setiap bab disertakan latihan untuk dicuba oleh pembaca bagi menguji kefahaman mereka. Kandungan buku ini bukan hanya sesuai untuk mereka yang baru mempelajari bahasa pengaturcaraan malahan ia sesuai untuk pengaturcaraan lanjutan, dengan terdapat bab-bab tentang struktur tatasusunan, rekod dan senarai berpaut. Sintaks bahasa Pascal di dalam buku ini adalah berpandukan sintaks bahasa Pascal piawai. Buku ini sesuai untuk pelajar tahun 1 yang mengambil subjek Teknik Pengaturcaraan 1, di Universiti Teknologi Malaysia serta pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi lain yang mengambil subjek Pengenalan Kepada Pengaturcaraan atau yang seumpama dengannya. Di samping itu juga, buku ini sesuai untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Struktur Data dan Algoritma atau Pengaturcaraan Pascal Lanjutan.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:30459
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Apr 2013 00:47
Last Modified:12 Feb 2017 01:36

Repository Staff Only: item control page