Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Langkah-langkah awal dalam analisis berangka

Yaacob, Nazeeruddin (Penterjemah) (1994) Langkah-langkah awal dalam analisis berangka. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0016–5

[img]
Preview
PDF
55kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Walaupun ia bukan merupakan suatu bidang yang baru diusahakan, namun dengan kehadiran alat-alat bantu mengira yang murah sejak kebelakangan ini telah memperluaskan lagi teori dan penggunaan Analisis Berangka. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar daripada pelbagai disiplin memperolehi faedah daripada pengetahuan asas dan teknik dalam subjek ini. Langkah-langkah Awal dalam Analisis Berangka merupakan suatu pengenalan terhadap ide-ide asas dan kaedah-kaedah dalam Analisis Berangka. Bahan-bahan subjek ini disusun sebagai topik-topik dasar dan disajikan sebagai suatu siri ‘langkah-langkah’ dengan setiap satunya mengandungi bahan yang mencukupi untuk dua kuliah. Pada akhir setiap langkah diberikan suatu ‘ulang kaji’ agar dapat menguji kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep yang telah diperkenalkan. Ini disusuli dengan suatu set latihan-latihan dan jawapannya diberi pada akhir bahagian buku ini. Beberapa ‘langkah’ tambahan (bertanda bintang) disertakan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi. Buku ini sesuai sekali dibaca oleh semua peringkat pelajar di maktab-maktab dan sekolah-sekolah yang menawarkan Analisis Berangka sebagai kursus pengenalan.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:30418
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Apr 2013 04:26
Last Modified:12 Feb 2017 04:20

Repository Staff Only: item control page