Yaacob, Hashim Fauzy (Penyelenggara) (2000) Pembangunan sumber manusia di Malaysia: cabaran abad ke – 21. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0197–8
|
PDF
37kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini menganalisis perkembangan dan pembangunan sumber manusia di Malaysia pada masa kini, dan cabaran yang bakal dihadapi pada abad ini. Dalam hal ini, persoalan pembangunan sumber manusia dilihat daripada dua perspektif, iaitu perspektif pembangunan dan perspektif organisasi. Perspektif pembangunan melihat pembangunan sumber manusia sebagai agenda pembangunan negara secara keseluruhan, lebih memfokuskan kepada keperluan negara dalam menangani isu pembangunan tenaga kerja. Perspektif organisasi pula memfokuskan kepada pembangunan ke arah kualiti, produktiviti, dan kepuasan pekerja melalui perancangan pembangunan sumber manusia, seperti latihan dan kerjaya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mendalami isu pembangunan sumber manusia yang menjadi tumpuan agenda pembangunan negara sejak tahun 1990-an. Sumber buku ini merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan oleh kalangan tokoh ilmuan dan ahli korporat berwibawa di Seminar Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia anjuran Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 30346 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 18 Apr 2013 08:44 |
Last Modified: | 12 Feb 2017 01:07 |
Repository Staff Only: item control page