Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul (2012) Teknik pembakaran hijau: pembakar berbahan api cecair. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0890–4
|
PDF
42kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini secara amnya menerangkan tentang kaedah pengurangan pembentukan emisi gas pencemar daripada proses pembakaran, iaitu oksida nitrogen (NOx), oksida sulfur (SOx), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2), dan juga hidrokarbon tidak terbakar (UHC). Karya ini merupakan pengumpulan hasil kajian penulis dalam bidang teknologi pengurangan emisi (ataupun teknologi hijau) yang telah dijalankan melebihi 10 tahun di Universiti Teknologi Malaysia. Buku ini dipersembahkan dalam cara yang dirasakan dapat membantu pembaca untuk memahami masalah yang ditimbulkan di sini dan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut. Buku ini menerangkan jenis–jenis emisi yang dijana semasa proses pembakaran, bagaimana ia terbentuk, implikasinya ke atas alam sekitar, dan bagaimana kaedah untuk mengurangkan setiap satu gas emisi itu tadi. Buku ini membincangkan dengan terperinci tiga kaedah yang dapat mengurangkan emisi terutamanya emisi NOx. Walaupun tidak dinafikan terdapat lebih banyak lagi kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah penghasilan emisi daripada proses pembakaran, penulis merasakan tiga kaedah yang dibentangkan dan dibahaskan dalam buku ini merupakan antara kaedah utama yang diamalkan. Buku ini membincangkan hasil kajian menggunakan pemusar udara berbilang sudut bilah pada nisbah kesetaraan yang berbeza–beza, penggunaan plat orifis sebagai membantu mengurangkan pembentukan emisi NOx daripada proses pembakaran, dan kesan menggunakan kaedah pembakaran berperingkat dalam mengurangkan emisi NOx.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 30168 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 15 Apr 2013 01:48 |
Last Modified: | 02 Feb 2017 04:54 |
Repository Staff Only: item control page