Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sejarah Johor dalam pelbagai perspektif

Thukiman, Kassim (2011) Sejarah Johor dalam pelbagai perspektif. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0776–1

[img]
Preview
PDF
94kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Kegemilangan Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melayu Melaka seringkali dikaitkan dengan kemajuan ekonominya menerusi perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Johor dimanifestasikan dengan penguasaan kawasan taklukan sehingga meliputi Pahang, Kepulauan Riau, Lingga sehingga ke kawasan Pantai Timur Sumatera. Hal ini disebabkan kedudukan Johor yang begitu strategik dalam kerangka laluan utama perdagangan antarabangsa. Kemajuan ekonomi dan kekukuhan sistem politik itu juga turut menyerlah Johor–Riau sebagai pusat kegiatan intelektual yang tersohor pada abad ke–17. Maka tidak hairanlah, kemajuan ekonomi Johor yang makmur dan gemilang pada masa kini adalah meneruskan kelangsungan dari masa lalu. Kehadiran tokoh–tokoh ilmuwan dengan segala kegiatan intelektual telah menerangi kehidupan masyarakat ketika itu, sekali gus telah menaikkan lagi kegemilangan Johor–Riau. Ini menunjukkan Kerajaan Johor–Riau telah mengupayakan segala kekuatan dalam masyarakat yang menyumbangkan kepada pembentukan suatu peradaban gemilang bangsa Melayu di Nusantara. Justeru, buku ini berusaha untuk menganalisis perkembangan intelektual yang berlaku dalam kerajaan Johor–Riau. Sesungguhnya, sejarah negeri Johor merakamkan pelbagai bidang yang telah menyumbang kepada pembentukan peradaban Melayu yang gemilang. Ini diperkukuhkan dengan kepimpinan dan sistem pentadbiran Kesultanan Johor yang bersifat dinamik, tetapi masih berupaya mengekalkan jati diri Johor yang tersendiri. Hakikatnya, kemajuan dan pembangunan yang telah berlangsung sejak sekian lama telah memanifestasikan pembangunan Johor yang holistik dan mempamerkan wajah negeri Johor dalam pelbagai citra.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:30144
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 02:15
Last Modified:05 Feb 2017 01:02

Repository Staff Only: item control page