Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Siri perutusan tahun baru Naib Canselor 2010: berpaksi inovasi, mengangkasa universiti, menjana nilai tinggi

Ujang, Zaini (2010) Siri perutusan tahun baru Naib Canselor 2010: berpaksi inovasi, mengangkasa universiti, menjana nilai tinggi. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0735–8

[img]
Preview
PDF
74kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Menyahut langkah kerajaan untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi, maka Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2010 bertemakan Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi. ‘Berpaksi inovasi’ bermaksud menjadikan budaya inovasi sebagai teras perkembangan universiti selari dengan konsep budaya ilmu yang menggalakkan reka cipta, penambahbaikan, pembaharuan, kreativiti dan dinamisme. ‘Mengangkasa’ memerihalkan gerak kerja meletakkan sesuatu pada kedudukan yang tinggi, sebagaimana angkasawan melepasi ruang atmosfera. Frasa ‘mengangkasa’ universiti bermaksud mengangkat UTM ke martabat tinggi supaya kedudukan dan kepentingannya dapat dirasakan semua pihak. ‘Bangsa angkasa’ merujuk kepada bangsa yang sentiasa mempunyai impian tinggi, dan tamadun hebat. ‘Menjana nilai tinggi’ pula merujuk kepada pengkayaan dan penyuburan idealisme, minda dan kemahiran untuk membolehkan kita membina kemajuan dengan memberi nilai tambah menerusi proses inovasi kepada sesuatu konsep, gagasan, perkhidmatan atau produk yang memberi manfaat kepada masyarakat atau khalayak pengguna. Perutusan ini mengajak warga UTM untuk berfikir dan memahami peranan masing-masing dengan lebih jelas dan pasrah sebagai ‘pahlawan ilmu’ dalam ekosistem intelektual yang dilatari model ekonomi baru berteraskan kreativiti dan inovasi. Selain itu, perutusan ini mengungkapkan semula peranan warga UTM agar lebih relevan dalam suasana persaingan global untuk menjana nilai tinggi dalam setiap bidang yang kita ceburi. Perutusan ini juga menyediakan kerangka kerja untuk membolehkan warga UTM sentiasa rela dan sedia berkorban demi kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara; melebihi kepentingan peribadi dan kelompok; serta memantapkan gerak kerja nilai tinggi untuk dipersembahkan kepada ibu pertiwi sebingkis sumbangsih, tanda pengorbanan sebagai anak merdeka Malaysia.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Others
ID Code:30129
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 11:43
Last Modified:05 Feb 2017 11:15

Repository Staff Only: item control page