Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Notasi lagu muzik gamelan

Hermantoro, Dwiono (2010) Notasi lagu muzik gamelan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0755–6

[img]
Preview
PDF
25kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Gamelan lebih dikenali di Malaysia sebagai sebuah orkestra muzik tradisional yang dimainkan secara berkumpulan untuk dipersembahkan dalam pelbagai bentuk majlis. Pada awal kemunculannya tahun 1800-an, gamelan hanya dapat didengari alunannya di istana sahaja. Kini, gamelan telahpun dimainkan di luar istana dan berkembang menjadi sebahagian daripada kesenian bagi masyarakat umum di Malaysia. Buku Notasi Lagu Muzik Gamelan ini mengandungi notasi lagu gamelan hasil ciptaan penulis yang selalu dimainkan untuk persembahan pada majlis rasmi Universiti Teknologi Malaysia dan jemputan masyarakat umum. Turut diselitkan juga beberapa buah lagu gamelan Melayu yang sedia ada sebagai bahan perbandingan. Buku ini dilengkapkan dengan penerangan ringkas tentang seni gamelan, cara penggunaan alat muzik gamelan, dan panduan untuk memainkan lagu-lagu gamelan serta keterangannya. Buku ini sesuai digunakan sebagai panduan untuk kumpulan gamelan yang ingin memulakan permainan muzik tradisional gamelan dan juga untuk dihayati oleh peminat dan pencinta seni gamelan.

Item Type:Book
Subjects:P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions:Others
ID Code:30127
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 11:44
Last Modified:05 Feb 2017 10:04

Repository Staff Only: item control page