Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

3 dekad pembangunan kampus UTM

Alang, Mohd. Afizan and Omar, Wahid (2010) 3 dekad pembangunan kampus UTM. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0770–9

[img]
Preview
PDF
37kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku 3 Dekad Pembangunan Kampus UTM merupakan hasil pengumpulan maklumat daripada koleksi kertas kerja, laporan projek–projek pembangunan, buku serta majalah berkaitan yang bertujuan bagi mendokumentasikan sejarah pembangunan UTM. Perlaksanaan pembangunan kampus baru UTM ini telah dimulakan sejak tahun 1973. Sejarah penamaan kampus kepada Universiti Teknologi Malaysia tercatat pada 1 April 1975 apabila ITK dinaik taraf kepada UTM. Buku ini juga menceritakan konsep pembangunan yang dilaksanakan serta mengambil kira beberapa kriteria perancangan bagi melancarkan perlaksanaan projek dari Rancangan Malaysia Ke–3 sehinggalah Rancangan Malaysia Ke–8. Pembangunan kampus induk baru ini juga mengambil kira pembangunan persekitaran yang kondusif serta mengekalkan aspek penghijauan di seluruh kampus supaya suasana pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan harmoni. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk menjadikan kampus induk ini bertaraf antarabangsa dengan cara permohonan peruntukan untuk projek–projek pembangunan berasaskan keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penulisan serta pengkomersilan universiti menerusi peruntukan Rancangan Malaysia setiap 5 tahun. Buku ini diharap menjadi sumber rujukan penting dan komprehensif bagi membantu mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan projek pembangunan kampus di Malaysia.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Others
ID Code:30120
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 12:06
Last Modified:05 Feb 2017 09:17

Repository Staff Only: item control page