Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran maklumat: teori & amalan

Salim, Juhana and Mohamed Kassim, Junaidah and Jaafar, Azizah (2010) Kemahiran maklumat: teori & amalan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0764–8

[img]
Preview
PDF
40kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, maklumat tercipta sepanjang masa dan boleh diperoleh dengan kuantiti yang banyak dari segenap penjuru dunia pada bila-bila masa. Walaupun pengetahuan dan maklumat berlipat ganda, masa untuk mengesan, memperoleh, dan memproses maklumat yang betul-betul menepati kehendak adalah terhad. Dalam keadaan sedemikian, tidak dinafikan individu sebenarnya menghadapi pelbagai kesulitan mengesan, memilih, dan menggunakannya secara berkesan untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Era maklumat pada masa kini menfokuskan kepada masyarakat yang bermaklumat. Masyarakat yang bermaklumat mampu untuk menguasai kehidupan, dapat mengendalikan maklumat dengan bijaksana, dan mereka sendiri mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kemampuan untuk mengumpul, memproses, mencari, mencapai, dan mengagihkan maklumat merupakan satu cabaran dalam mengurus maklumat. Walaupun begitu, ledakan maklumat semata-mata tidak menjamin individu menjadi seseorang yang bermaklumat jika tidak mempunyai strategi menyimpannya dalam minda. Proses mengingat maklumat harus diiringi dengan kefahaman, analisis, dan sintesis. Buku ini menghuraikan program kemahiran maklumat yang mengintegrasi komponen kemahiran yang berkaitan dengan proses kognitif manusia seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, dan lateral yang membolehkan individu mengenal pasti keperluan maklumat, memformulasi persoalan berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian, mengakses, menilai, mengguna, dan mengorganisasi maklumat serta menyampaikan maklumat.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:30115
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:07
Last Modified:05 Feb 2017 03:09

Repository Staff Only: item control page