Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengangkasa pengajian tinggi (kulit lembut)

Ujang, Zaini (2009) Mengangkasa pengajian tinggi (kulit lembut). Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0491–3

[img]
Preview
PDF
23kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Mengangkasa Pengajian Tinggi merupakan cetusan pandangan penulis tentang pengajian tinggi, sektor yang semakin menjadi perhatian umum dalam usaha penghayatan budaya ilmu dan peningkatan kualiti, terutamanya dalam kalangan pelajar dan graduan. Ini sering kali diperkatakan kerana sejak sekian lama universiti adalah sinonim dengan perkembangan ilmu, tamadun ilmu dan tradisi yang memartabatkan ilmu. Buku ini menjawab beberapa persoalan berkaitan, antaranya: Apakah dengan adanya ratusan IPT meningkatkan lagi penghayatan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia? Apakah kepentingan ilmu dan peranan ilmuwan semakin menyerlah dalam skema pembangunan negara? Apakah nilai-nilai ilmu yang tercerna dalam bentuk amalan mulia dan berbudi menjadi semakin sebati dalam kehidupan bermasyarakat dengan meningkatnya bilangan dan pengaruh golongan berpendidikan tinggi? Buku ini sesuai dibaca oleh kalangan pembuat dasar, pihak pengurusan universiti, pentadbir, para penyelidik, ahli akademik dan intelektual, pencinta ilmu, pelajar dan calon sarjana. Bahkan buku ini juga sesuai dibaca oleh kalangan penyelidik di pusat penyelidikan, syarikat dan sesiapa sahaja yang berminat tentang isu intelektual dan persoalan Pengajian Tinggi.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Others
ID Code:30083
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 12:39
Last Modified:05 Feb 2017 11:48

Repository Staff Only: item control page