Mustaffa, Mohamed Sharif and Abu Bakar, Mohd. Fadli (2009) Kes kaunseling: proses dan rawatan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0704–4
|
PDF
46kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini ialah kompilasi daripada pelbagai contoh sesi kaunseling yang telah dijalankan. Contoh sesi kaunseling ini dipersembahkan dengan susunan format laporan sesi kaunseling dan proses kaunseling yang diselaraskan. Setiap kes dimulakan dengan gambaran ringkas permasalahan klien yang mengikuti sesi kaunseling. Seterusnya, disusuli dengan latar belakang masalah, aplikasi teori, proses kaunseling, penilaian, dan ulasan. Dalam laporan kaunseling ini, teori-teori kaunseling diaplikasikan dan penjelasan tentang teori terbabit turut disertakan. Antara teori yang diaplikasikan ialah Teori Pemusatan Klien, Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Psikoanalisis, Teori Tingkah Laku, Pendekatan Islam, Teori Gestalt, dan sebagainya. Melalui laporan dalam buku ini, para pembaca dapat melihat kepelbagaian tingkah laku dan permasalahan masyarakat yang mungkin wujud di negara ini. Kes Kaunseling: Proses & Rawatan ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para kaunselor, khususnya yang baru menceburi bidang kaunseling. Hal ini kerana buku ini dapat memberikan gambaran yang cukup jelas tentang amalan sesi kaunseling dan contoh aplikasi mengikut kesesuaian kes. Buku ini juga sesuai digunakan oleh para guru bagi menangani masalah yang timbul di kalangan pelajar. Bagi para pelajar pula, mereka dapat meningkatkan kefahaman tentang amalan kaunseling. Selanjutnya, bagi masyarakat umum pula, buku ini adalah suatu bahan bacaan yang sangat berguna dalam memperoleh maklumat tentang pengalaman kaunselor dalam sesi kaunseling.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 30077 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 15 Apr 2013 04:43 |
Last Modified: | 05 Feb 2017 03:43 |
Repository Staff Only: item control page